PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHARU, PERAI

TERIMA KASIH KERANA
MELAYARI LAMAN WEB
SEKOLAH KAMI

ALUMNI SKJB

Salam Sejahtera,

Pada tahun 2013, Pengerusi Alumni SKJB iaitu En. Mohd Hasan bin Mohamed , Pen. Pegawai Pelajaran Daerah SPT, Pulau Pinang telah mempersetujui untuk mempengerusi Persatuan Alumni SKJB.

Alumni SKJB baru sahaja menubuhkan laman facebook terbaru iaitu Alumni SKJB PERAI yang masih mempunyai sedikit ahlinya...

Insya Allah selepas ini dengan pelancaran Alumni SKJB dan promosi yang akan diadakan, pihak Alumni SKJB akan bergerak aktif dalam merealisasikan misi dan visi Alumni bagi membantu pihak SK Jalan Baharu.

Berikut beberapa objektif utama penubuhan Alumni SK Jalan Baharu, Perai iaitu :

i) Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah.

ii) Sebagai satu mekanisme sokongan kepada PIBG dan sekolah dalam memperbaiki sistem pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar sentiasa diberi perhatian.

iii) Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan sekolah.

iv) Menjadi satu saluran selain PIBG untuk penduduk menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak sekolah. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik.

v) Memberi bantuan yang sewajarnya kepada pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu majlis sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.

vi) Sebagai rakan dan pendokong misi dan visi SKJB Perai.

vii) Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan sekolah dari segi akademik mahupun disiplin pelajar.

viii) Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam pekerjaan.

Berikut adalah alamat di facebook : Alumni SKJB PERAI

No comments:

Post a Comment